Assalamualaikum...
Pengguna yang dihormati sekelian...
Adalah dimaklumkan bahawa pengemaskinian blog PKG Gelugor akan dilaksanakan pada 1 Disember 2009 sehingga 31 Disember 2009. Sehubungan itu, dibawah ini disenaraikan beberapa perkara berkaitan untuk makluman dan tindakan pihak tuan/puan.
1) Kutipan Data Nilam ( secara online ) dan Laporan Bulanan PSS bagi tahun 2009 akan 'dicuci' pada 15 Disember 2009. Sekiranya tuan/puan memerlukan data berkaitan, sila hubungi saya.
2) Bahan-bahan muat-turun yang bersifat semasa dan tidak malar hijau ( evergreen ) akan dihapuskan mulai 1 Disember 2009. Ini untuk memberi ruang kepada bahan-bahan baru pada tahun hadapan.
3) Kesempatan ini saya pergunakan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sokongan, bantuan, cadangan sepanjang tahun 2009. Kepada semua pendidik saya mengambil kesempatan mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidil Adha' dan Selamat bercuti .....
Sekian
AZMAN MAHAMOOD
20 Nov 2009 / 8.56 am
No comments:
Post a Comment