Assalamualaikum...
Pengguna yang dihormati sekelian...
Adalah dimaklumkan bahawa pengemaskinian blog PKG Gelugor akan dilaksanakan pada 1 Disember 2009 sehingga 31 Disember 2009. Sehubungan itu, dibawah ini disenaraikan beberapa perkara berkaitan untuk makluman dan tindakan pihak tuan/puan.
1) Kutipan Data Nilam ( secara online ) dan Laporan Bulanan PSS bagi tahun 2009 akan 'dicuci' pada 15 Disember 2009. Sekiranya tuan/puan memerlukan data berkaitan, sila hubungi saya.
2) Bahan-bahan muat-turun yang bersifat semasa dan tidak malar hijau ( evergreen ) akan dihapuskan mulai 1 Disember 2009. Ini untuk memberi ruang kepada bahan-bahan baru pada tahun hadapan.
3) Kesempatan ini saya pergunakan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sokongan, bantuan, cadangan sepanjang tahun 2009. Kepada semua pendidik saya mengambil kesempatan mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidil Adha' dan Selamat bercuti .....
Sekian
AZMAN MAHAMOOD
20 Nov 2009 / 8.56 am
Makluman
:: Terima kasih...
Assalamualaikum / Selamat Sejahtera... Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua Guru ICT yang telah menyempurnakan Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS) yang tamat pada 19 Oktober 2009.
Berikut dipaparkan status terakhir SPPICTS kawasan PKG Gelugor.
:: Rakamsalin @ PKG Gelugor
Assalamualaikum / Selamat Sejahtera ...
Sukacita dimaklumkan bahawa PKG Gelugor telah dibekalkan dengan DVD Duplicater yang berkemampuan untuk menyalin DVD pada kadar 10 keping sekaligus. Sehubungan itu, sekolah yang memerlukan perkhidmatan rakamsalin boleh menggunakan/mendapatkan perkhidmatan berkenaan dengan membawa bersama DVDR/CDR ( DVD/ CD kosong ) untuk tujuan yang dinyatakan diatas.
Sila hubungi PKG Gelugor jika kedapatan sebarang pertanyaan.
Harap maklum
AZMAN MAHAMOOD
23 Okt 2009 / 8.13 am
:: Promosi Raya
Assalamualaikum ...
Ingin dapatkan pahala dan keredaan Allah dengan melakukan perkara yang bertepatan dengan kehendak al-quran dan as-sunnah sempena Hari Raya Aidilfitri ? Nak tahu bagaimana ?
Sila lawati halaman TAZKIRAH ( rujuk side-bar sebelah kanan ) dan baca artikel ini...
Amalan Sunnah Sempena Hari Raya Aidilfitri
AZMAN MAHAMOOD
16 Sept 2009 / 8.29 am
:: Makluman
Assalamualaikum / Selamat Sejahtera ...
Mulai 1 September 2009, semua maklumat khusus berkaitan dengan PSS / ICT akan dipaparkan dalam 'page' yang berkaitan sahaja. Page berkenaan boleh diakses dengan cara klik pada link yang terdapat pada side-bar sebelah kanan blog ( bawah jam ).
Sehubungan itu, semua GPM / Guru ICT boleh melawati page(s) berkenaan untuk mengetahui perkembangan berkaitan bidang masing-masing.
Sebarang komen/cadangan/pertanyaan amat dialu-alukan.
AZMAN BIN MAHAMOOD
2 Sept 2009 / 11.25 am
:: Bengkel Tergempar
Assalamualaikum / Selamat Sejahtera...
Satu bengkel 'tergempar' untuk semua GPM akan dijalankan pada 23 Julai 2009 . Bengkel ini berkaitan dengan pengisian data Sistem Tarantula ( akan diperjelaskan kemudian ).
Surat panggilan akan difax ke sekolah tuan/puan selewat-lewatnya pada hari Rabu. Surat panggilan rasmi akan diberikan kepada tuan/puan semasa bengkel berkenaan.
Sila bawa laptop dan extension wire. Pastikan laptop boleh disambung ke internet secara wireless.
Harap sebarkan maklumat ini pada rakan-rakan lain.
AZMAN MAHAMOOD
20 Julai 2009 / 10.57 pm
:: Sudut Bacaan Kelas ( Terkini )
Assalamualaikum ...
Terima kasih kepada tuan/puan/cik yang telah menghantar gambar untuk pertandingan Sudut Bacaan Kelas. Sekolah yang telah menghantar gambar adalah seperti berikut :
1) SK Sungai Gelugor
2) SK Bukit Gelugor
3) SJKC Beng Teik Cawangan
4) SJKC Beng Teik Pusat
5) SJKC Sum Sun
6) SJKC Kheng Tean
7) SJKC Moh Ghee Pusat
8) SJKC Eng Chuan
9) SMJK Chung Hwa Confucian
10) SMK Penang Free
11) SMK Dato Hj Mohd Nor Ahmad
12) SK Bukit Gambir
13) SK Jelutong Barat
14) SMK Convent Green Lane
AZMAN BIN MAHAMOOD
14 Julai / 12.59 pm
:: Bengkel Perancangan Kajiselidik Sekolah Kebangsaan
Assalamualaikum /Selamat Sejahtera
Bengkel tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut :
Tarikh : 9 Julai 2009 ( Khamis )
Masa : 2.00 ptg - 5.00 ptg
Tempat : Bilik Mesyuarat ( Hidayah ) PKG Gelugor
Penglibatan :
1) Rozaida bt Saad - SK Minden Height ( Ketua Kumpulan )
2) Norasyikin bt Zakaria- SK Jelutong ( Penolong Ketua Kumpulan )
3) Siti Sara bt Ramli - SK Sungai Gelugor
4) Marfuah - SK Bukit Gelugor
5) Anita bt Naim- SK Jelutong Barat
6) Fazilah - SK Bukit Gambir
AZMAN BIN MAHAMOOD
3 Julai 2009 / 12.49 pm
:: Bengkel Analisa Data Nilam Kutipan 1/2009
Assalamualaikum /Selamat Sejahtera
Bengkel tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut :
Tarikh : 7 dan 8 Julai 2009 ( Selasa dan Rabu )
Masa : 2.00 ptg - 5.00 ptg
Tempat : Bilik Mesyuarat ( Hidayah ) PKG Gelugor
Penglibatan:
Semua guru yang mengendalikan data Program NILAM
Pengisian:
1) Laporan Kutipan 1/2009 Peringkat PKG Gelugor
2) Pemasangan Sisipan TANKER 3.0 pada Pro Nilam 1.7d
3) Pengubahsuaian Report ( Insert Logo Sekolah ) pada TANKER 3.0
4) Teknik 'Hapus Pelajar' melalui Table
5) Semakan No Sijil Lahir/No. KP 'alien'
* Sila bawa laptop dan wayar sambungan ( extension wire )
Surat mula di fax pada hari ini. Jika tidak terima pada hari Isnin, sila hubungi En. Fahmi.
AZMAN BIN MAHAMOOD
3 Julai 2009 / 12.45 pm
:: Sudut Bacaan Kelas
Assalamualaikum ...
Tarikh akhir penghantaran gambar ialah pada 30 Jun 2009. harap Maklum
AZMAN MAHAMOOD
24 Jun 2009 / 5.51 pm
