23.4.09

:: Pertandingan Sudut Nilam

Assalamualaikum ....

Peringatan kepada semua GPM / Guru NILAM

Tarikh tutup pertandingan ialah pada 30 April 2009

Sekolah yang telah menghantar penyertaan ialah :

1) SJKC Sum Min
2) SJKC Beng Teik Pusat
3) SJKC Beng Teik Pusat
4) SJKC Kheng Tean

Harap maklum

AZMAN MAHAMOOD
23 April 2009 / 4.24 pm

21.4.09

:: Aktiviti

Assalamualaikum ...

Mesyuarat Aktiviti Khas PKG Gelugor
Tarikh : 23 April
Masa : 2.00 - 5.00 petang
Tempat : Bilik Taufiq PKG Gelugor

Penglibatan :

1) Pn Wan Fazah bt Wan Ahmad ( SMK Bukit Jambul ) - Ketua Kumpulan Sek. Menengah
2) Pn Rozaida bt Saad ( Sk Minden Height ) - Ketua Kumpulan Sek. Kebangsaan
3) En. Loo Boon Kean ( SJKC Moh Ghee Pusat ) - Ketua Kumpulan SJKC
4) Pn Manonmoney a/p B. Supramaniam ( SJKT Subramaniya Bharathee) - Ketua Kumpulan SJKT dan SKM

Mesyuarat Penyelarasan ICT Kawasan PKG Gelugor
Tarikh : 28 April ( Selasa )
Masa : 2.00 - 5.00 petang
Tempat : Bilik Hidayah PKG Gelugor

Penglibatan : Semua Penyelaras ICT dan Juruteknik Komputer FT17

Mesyuarat Penyelarasan GPM kali 1/2009
Tarikh : 30 April ( Khamis)
Masa : 2.00 - 5.00 petang
Tempat : Bilik Hidayah PKG Gelugor

Penglibatan : Semua GPM

Kalau tak dapat surat pada hari Mesyuarat, sila call PKG dan minta En. Fahmi fax surat ke sekolah. Maklumkan hal ini pada rakan yang lain.

AZMAN MAHAMOOD
21 April 2009 / 11.54 pm

20.4.09

:: Tahniah ...

Assalamualaikum / Selamat Sejahtera ...

Keputusan Anugerah PSS ( yang melibatkan PKG Gelugor )

SMK Bukit Jambul ( GPM : Pn Wan Fazah )
:: JOHAN kategori SM Bandar

SJKT Jalan Sungai ( GPM : Vasanthi )
:: Tempat ke-3 kategori Sekolah Kurang Murid

PUSAT KEGIATAN GURU GELUGOR
:: Tempat ke-3 Anugerah Komitmen Pembangunan PSS Kategori PKG

Tahniah kepada Sekolah , Pentadbir. GPM dan warga sekolah berkenaan. Ucapan terima kasih dan setinggi penghargaan juga kepada semua sekolah , pentadbir. GPM dan warga sekolah yang terus setia memberi sokongan kepada PKG Gelugor.

Terima kasih daun keladi .....

AZMAN BIN MAHAMOOD
20 April 2009 / 8.07 am

13.4.09

:: Kutipan Data Nilam Bil 1/2009 ( 43 hari selepas tarikh akhir )

Assalamualaikum / Selamat Sejahtera...

Status Kutipan Data Nilam Bilangan 1/2009 pada 13 April 2009 : 10.15 am adalah seperti berikut :

Bilangan Sekolah Telah Hantar Data : 24
Bilangan Sekolah Belum Hantar Data : 4
% Sekolah Telah Hantar Data : 85.7%

Sekolah Yang BELUM Menghantar Data:

Semakan 13 April 2009 : 10.15 am( + 43 hari )
  • SK
  • SMK
  • SMK
  • SMK
Kerjasama dipohon agar data dihantar dengan kadar segera agar proses membuat analisa dapat dijalankan. Hubungi saya jika ada masalah.

Harap maklum

Azman bin Mahamood
13 April 2009 / 10.21 am

9.4.09

:: Anugerah PSS Cemerlang 2008

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ...

Mengikut makluman yang diterima, anugerah berkenaan akan diadakan pada 16 April 2009. Saya amat pasti bahawa semua Pengetua/ Guru Besar akan dijemput. Walaubagaimanapun, saya belum pasti samada tuan/puan sebagai GPM akan dijemput bersama.

Sukacita dimaklumkan bahawa dua sekolah dari kawasan PKG Gelugor telah dicalonkan untuk anugrah berkenaan. Sekolah tersebut ialah :

1) SMK Bukit Jambul ( Kategori Sekolah Menengah Bandar ) - Pn Wan Fazah
1) SJKT Jalan Sungai ( Kategori Sekolah Kurang Murid ) - Pn Vasanthi

Sekiranya tuan/puan dijemput hadir dalam majlis berkenaan, berilah sokongan kepada kawan kita.

Sesungguhnya kita amat berbangga dengan pencalonan ini dan mendoakan agar kedua-dua mereka berjaya meraih Anugerah PSS Cemerlang dalam kategori masing-masing.

Harap maklum ...

Azman bin Mahamaood
9 April 2009 / 7.45 am

:: Pemantauan PSS

Assalamualaikum / Selamat Sejahtera...

Berikut disenaraikan Nama sekolah dan tarikh pemantauan PSS yang telah dijadualkan semula kerana tertangguh kerana pertembungan masa dengan aktiviti PKG/sekolah.

SJKC Beng Teik Cawangan - 21 April 2009
SMK Penang Free - 22 April 2009
SK Sungai Gelugor - 23 April 2009

Sila download dan lengkapkan borang pemantauan ( Download center ) bagi memudahkan proses pemantauan.

Kerjasama tuan/puan juga dipohon untuk mengumpulkan semua dokumen/bahan yang berkaitan dengan pemantauan dan meletakkannya pada satu tempat .

Maklumkan dengan segera jika tarikh yang dicadangkan kurang sesuai.

Harap Maklum

Azman Mahamood
9 April 2009 / 7.35 am

3.4.09

:: Kursus Pengurusan PSS Peringkat Pertengahan

Assalamualaikum / Selamat Sejahtera ...

Sukacita dimaklumkan BTPNPP akan mengadakan kursus berkenaan pada 6 - 10 April di BTPNPP.

Penyertaan adalah terhad, sehubungan itu tidak semua GPM yang dicadangkan oleh saya kepada BTPNPP diterima untuk mengikuti kursus berkenaan. Pemilihan peserta dilakukan oleh BTPNPP, PKG hanya dirujuk dalam kes jika perlu peserta gantian. Kursus yang sama hanya akan diadakan pada tahun depan, Insyaallah. GPM yang belum dipilih, diharap dapat bersabar .... :)

GPM yang terpilih untuk mengikuti kursus berkenaan ialah :

1) Wan Fazah bt Wan Ahmad ( SMK Bukit Jambul )
2) Norasyikin bt Zakaria ( SK Jelutong )
3) Ooi Teng Luan ( SJKC Beng Teik Cawangan )
4) Lim Bee Hoon ( SJKC Jelutong )

Tahniah dan Selamat berkursus ....

Azman bin Mahamaood
3 April 2009 / 12.45 pm

:: Analisa Laporan Bulanan PSS Februari 2009

Assalamualaikum / Selamat Sejahtera ...

Sukacita dimaklumkan bahawa Analisa Laporan Bulanan PSS Februari 2009 telah siap dan sedia untuk dimuat-turun oleh tuan/puan.

Analisa berkenaan boleh diadapati di :

Laporan Bulanan PSS > Analisa Laporan Bulanan PSS 2009 ( Sidebar ) > Februari 2009

Harap Maklum

Azman bin Mahamaood
3 April 2009 / 12.35 pm

1.4.09

:: Pertandingan Sudut Nilam ( satu penjelasan )

Assalamualaikum / Selamat Sejahtera


Apakah Sudut NILAM ?


Sudut NILAM merupakan suatu sudut yang mempamerkan carta organisasi Program Nilam, maklumat-maklumat mengenai latarbelakang Program Nilam, data pencapaian semasa pelajar, analisis data, gambar-gambar aktiviti dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan Program NILAM.


Contoh Sudut NILAM ( bukan terbaik, untuk rujukan sahaja )

































Sila upload gambar melalui : Borang Online > Laporan Bulanan PSS > Penghantaran Data


Tarikh tutup penyertaan ialah 30 April 2009


Azman bin Mahamood

1 April 2009 / 2.43pm