19.2.09

:: Instrumen Pemantauan ( Terkini )

Assalamualaikum / Sejahtera

Berkuatkuasa serta merta, Instrumen Penggredan PSS 2009 akan digunapakai untuk tujuan pemantauan PSS kawasan PKG Gelugor. Sehubungan itu, saya memohon agar tindakan berikut dilaksanakan pada kadar segera :

1) Sila download instrumen berkenaan melalui : Download Center > Borang > Instrumen Penggredan PSS 2009

2) Cetak
Instrumen Penggredan PSS 2009 dan isikan maklumat yang berkaitan.

3) Pemantauan akan dibuat berdasarkan instrumen yang telah siap diisi, kegagalan dalam melengkapkan instrumen berkenaan akan menyebabkan gangguan terhadap kelancaran proses pemantauan.

4) Sila himpunkan SEMUA Fail / Dokumentasi / Rekod / Bahan Lain yang berkaitan dengan PSS pada satu tempat demi untuk melancarkan proses pemantauan.

5) Tolong sebarkan maklumat ini pada rakan anda...

Masalah / pertanyaan : sila gunakan 'shoutbox' ( Komunikasi ) agar boleh dikongsi dengan rakan lain...


AZMAN BIN MAHAMOOD
19 Februari 2009 / 12.40 pm

16.2.09

:: Analisa Laporan Bulanan PSS Januari 2009

Assalamualaikum / Selamat Sejahtera...

Laporan Bulanan PSS Januari 2009 untuk semua sekolah kawasan PKG Gelugor telah diterima pihak kami. Terima kasih atas kerjasama yang anda semua berikan.

Sehubungan itu, Analisa Laporan Bulanan PSS Januari 2009 telah siap dan boleh dimuat turun .
( Sila rujuk sidebar pada halaman Laporan Bulanan PSS )

Sekian, terima kasih.

AZMAN BIN MAHAMOOD
16 Februari 2009 / 2.58 pm

13.2.09

:: Instrumen Pemantauan

Assalamualaikum / Sejahtera

BTP telah mengeluarkan satu insrumen pemantauan terkini yang akan digunapakai di seluruh Malaysia. Sehubungan itu, penggunaan instrumen pemantauan yang terdahulu ( download dari http://gelugortac.blogspot.com ) ditamatkan serta merta.

Kesulitan amat-amat dikesali.

12 Februari 2009 / 4.15 pm

:: Kutipan Data Nilam 1/2009

Assalamualaikum / Selamat Sejahtera...

Tarikh akhir penghantaran data Kutipan Data Nilam 1/2009 telah dilanjutkan kepada 26 Mac 2009. Penghantaran Data hendaklah dilaksanakan secara on-line.

Harap maklum.

:: Aktiviti Mendatang

Bengkel Perancangan Kaji Selidik ( Sekolah Menengah )

Tarikh : 18 Februari 2009
Sasaran : GPM Sekolah Menengah sahaja.

**Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cikgu Wan Fazah ( Ketua Kumpulan Sekolah Menengah )

Bengkel Pengurusan Program Nilam

Tarikh : 25 - 26 Februari 2009 ( dijadualkan semula pada 4 dan 5 Mac 2009 - clash dengan bengkel EDUWEBTV anjuran JPN )
Sasaran : Guru Nilam yang baru dilantik.

1. Vasanthi a/p Ramanad - SJKT Jalan Sungai
2. Indra Kolan Daveloo - SMK Convent Green Lane
3. Lim Chiat Sing - SJKC Beng Teik Pusat
4. Hooi Chen Nee - SMK Hamid Khan
5. Chan Yong - SMJK Phor Tay
6. Wahida - SMK Penang Free
7. Mariani bt Mohamad Zaki - SMK Dato Hj Mohamed Nor Ahmad
8. Safiah - SMK Bukit Jambul
9. Rozaini - SK Jelutong Barat

** Sila maklumkan dengan segera sekiranya Guru Nilam yang baru dilantik dari sekolah anda tiada dalam senarai diatas.

Bengkel Pengemaskinian Data Nilam 2009

Tarikh : 23 - 24 Februari 2009 ( dijadualkan semula pada 11 dan 12 Mac 2009 - clash dengan bengkel EDUWEBTV anjuran JPN )
Sasaran : Guru Nilam selain daripada senarai diatas.

Harap maklum

AZMAN BIN MAHAMOOD
12 Februari 2009 / 4.o4 pm

7.2.09

:: Rekod Pencapaian Sasaran Tahun 2009

Assalamualaikum / Selamat sejahtera...

1) Rekod pencapaian Sasaran Tahun 2009 boleh dimuat turun melalui : Download Centre > Borang > Rekod pencapaian Sasaran Tahun 2009. Sila buat cover ( Kulit hadapan ) mengikut kesesuaian / kreativiti masing-masing.