20.7.09

:: Bengkel Tergempar

Assalamualaikum / Selamat Sejahtera...

Satu bengkel 'tergempar' untuk semua GPM akan dijalankan pada 23 Julai 2009 . Bengkel ini berkaitan dengan pengisian data Sistem Tarantula ( akan diperjelaskan kemudian ).

Surat panggilan akan difax ke sekolah tuan/puan selewat-lewatnya pada hari Rabu. Surat panggilan rasmi akan diberikan kepada tuan/puan semasa bengkel berkenaan.

Sila bawa laptop dan extension wire. Pastikan laptop boleh disambung ke internet secara wireless.

Harap sebarkan maklumat ini pada rakan-rakan lain.

AZMAN MAHAMOOD
20 Julai 2009 / 10.57 pm

3.7.09

:: Sudut Bacaan Kelas ( Terkini )

Assalamualaikum ...

Terima kasih kepada tuan/puan/cik yang telah menghantar gambar untuk pertandingan Sudut Bacaan Kelas. Sekolah yang telah menghantar gambar adalah seperti berikut :

1) SK Sungai Gelugor
2) SK Bukit Gelugor
3) SJKC Beng Teik Cawangan
4) SJKC Beng Teik Pusat
5) SJKC Sum Sun
6) SJKC Kheng Tean
7) SJKC Moh Ghee Pusat
8) SJKC Eng Chuan
9) SMJK Chung Hwa Confucian
10) SMK Penang Free
11) SMK Dato Hj Mohd Nor Ahmad
12) SK Bukit Gambir
13) SK Jelutong Barat
14) SMK Convent Green Lane

AZMAN BIN MAHAMOOD
14 Julai / 12.59 pm

:: Bengkel Perancangan Kajiselidik Sekolah Kebangsaan

Assalamualaikum /Selamat Sejahtera

Bengkel tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 9 Julai 2009 ( Khamis )
Masa : 2.00 ptg - 5.00 ptg
Tempat : Bilik Mesyuarat ( Hidayah ) PKG Gelugor

Penglibatan :

1) Rozaida bt Saad - SK Minden Height ( Ketua Kumpulan )
2) Norasyikin bt Zakaria- SK Jelutong ( Penolong Ketua Kumpulan )
3) Siti Sara bt Ramli - SK Sungai Gelugor
4) Marfuah - SK Bukit Gelugor
5) Anita bt Naim- SK Jelutong Barat
6) Fazilah - SK Bukit Gambir

AZMAN BIN MAHAMOOD
3 Julai 2009 / 12.49 pm

:: Bengkel Analisa Data Nilam Kutipan 1/2009

Assalamualaikum /Selamat Sejahtera

Bengkel tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 7 dan 8 Julai 2009 ( Selasa dan Rabu )
Masa : 2.00 ptg - 5.00 ptg
Tempat : Bilik Mesyuarat ( Hidayah ) PKG Gelugor

Penglibatan:
Semua guru yang mengendalikan data Program NILAM

Pengisian:

1) Laporan Kutipan 1/2009 Peringkat PKG Gelugor
2) Pemasangan Sisipan TANKER 3.0 pada Pro Nilam 1.7d
3) Pengubahsuaian Report ( Insert Logo Sekolah ) pada TANKER 3.0
4) Teknik 'Hapus Pelajar' melalui Table
5) Semakan No Sijil Lahir/No. KP 'alien'

* Sila bawa laptop dan wayar sambungan ( extension wire )

Surat mula di fax pada hari ini. Jika tidak terima pada hari Isnin, sila hubungi En. Fahmi.

AZMAN BIN MAHAMOOD
3 Julai 2009 / 12.45 pm